Thursday , 21 September 2017
Home » Kecantikan » 9 Petua Lebatkan Rambut Secara Tradisional

9 Petua Lebatkan Rambut Secara Tradisional

Anda ada masalah rambut nipis atau gugur? Ni ada 9 Petua Lebatkan Rambut Secara Tradisional yang boleh anda cuba. Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki rambut yang lebat dan sihat namun masalah keguguran rambut sering berlaku dan membuatkan rambut kelihatan semakin nipis atau jarang.

Bagi lelaki, membotakkan rambut sering dijadikan trend biarpun adakalanya berpunca dari keguguran rambut. Tetapi berbeza pula dengan wanita kerana rambut yang semakin nipis sehingga nampak jelas kulit kepala pasti akan merunsingkan.

9 Petua Lebatkan Rambut Secara Tradisional

Untuk anda yang menghadapi masalah keguguran rambut, Notawanita kongsikan beberapa petua tradisional lebatkan rambut menggunakan bahan-bahan semulajadi.

9 PETUA LEBATKAN RAMBUT SECARA TRADISIONAL

Kacang Hijau – Ambil sedikit kacang hijau dan rendam semalaman. Setelah itu tapiskan kacang hijau tadi. Ambil air kacang hijau dan sapukan ke kulit kepala secara perlahan dengan cara mengurut. Petua ini membantu menyuburkan kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut.

Daun Pandan – Tumbuk daun pandan dan tambah sedikit air. Kemudian perah jus daun pandan ke dalam secawan santan. Kacau rata. Biarkan untuk beberapa jam. Setelah itu sapukan ke rambut anda. Biarkan untuk sejam sebelum dibilas bersih dengan air.

Minyak Kelapa – Sapukan minyak kelapa hijau ke rambut dan biarkan semalaman kemudian barulah dibilas dengan air. Amalkan secara kerap untuk medapatkan hasilnya.

Lidah Buaya – Tumbuk lidah buaya dan sapukan pada bahagian kulit kepala. Biarkan kering selama sejam selepas itu bilas dengan air bersih.

Daun Bunga Raya – Ambil beberapa helai daun bunga raya. Rendam dalam air dan selepas itu tumbuk sehingga lumat. Sapukan ke seluruh bahagian rambut termasuk kulit kepala. Biarkan untuk sejam dua sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan dua tiga kali seminggu.

Buah Nenas – Kisarkan buah nenas sehingga menjadi jus dan biarkan semalaman. Setelah itu sapukan ke kulit kepala dan biarkan kira-kira setengah jam sebelum dibilas.

Vitamin Dari Makanan Yang Sihat – Untuk anda yang inginkan rambut yang lebat dan sihat, perlu juga jaga pemakanan. Ambil makanan seimbang yang kaya dengan vitamin. Lebihkan sayuran hijau dan buah-buahan yang membantu menguatkan akar rambut dan menyuburkan kulit kepala.

Syampu Rambu – Pilih syampu rambut yang diperbuat dari bahan-bahan asli. Elak menggunakan syampu yang tinggi dengan bahan-bahan kimia kerana ia akan merosakkan rambut. Kerap mencuci rambut dengan syampu herba untuk merawat masalah rambut gugur.

Tips Penjaagan Rambut – Kerap lembab atau basahkan rambut. Elak biar rambut kering untuk tempoh yang lama kerana ia akan membuakan rambut anda bercabang, rosak dan mudah putus. Gunakan minyak rambut yang membantu menyuburkan kulit kepala dan melembatkan rambut agar rambut sentiasa nampak sihat dan bermaya.

Semoga artikelĀ 9 Petua Lebatkan Rambut Secara Tradisional membantu anda mengatasi masalah rambut yang semakin nipis dan jarang akibat keguguran rambut.

(Visited 84 times, 2 visits today)

Check Also

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Apakah Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita? Ramai wanita yang keliru tentang masalah keputihan. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *