Sunday , 28 May 2017
Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » 9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa

9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa

Berikut 9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa. Kerapkali ibu mengandung berasa risau untuk menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Bimbang akan tahap kesihatan dan pertumbuhan janin dalam kandungan.

Persoalan yang sering timbul,  Bolehkah ibu mengandung berpuasa?

Sudah tentu ibu mengandung boleh berpuasa malah berpuasa dengan cara yang betul juga memberi banyak kelebihan kepada tahap kesihatan ibu yang hamil. 

9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa

9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa

1) Ambil makanan yang kaya dengan protein dan lemak ketika bersahur. Makanan yang mengandungi kedua-dua zat ini mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan jadi anda akan berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama.

2) Disyorkan juga untuk ibu mengandung mengambil makanan yang kaya vitamin C dan mineral zink.  Kedua dua zat makanan ini membantu memelihara kesihatan tubuh.

3) Elakkan makanan yang manis ketika bersahur kerana ia akan membuatkan ibu mengandung mudah berasa letih seaktu berpuasa.

4) Ibu mengandung digalakan untuk mengambil daging sewaktu bersahur.  Daging tinggi kalori dan protein dan mengelak dari berasa cepat lapar.

5) Bagi memastikan badan tidak kekurangan air,  ibu mengandung perlu minum sekurang-kurangnya dua liter air putih sehari.  Lebihkan minum air putih dari waktu berbuka sehingga waktu sahur.

6) Kurangkan aktiviti yang berat sewaktu berpuasa.  Ibu mengandung perlu mendapatkan rehat yang secukupnya agar memastikan kesihatan tidak terjejas.

7) Untuk elak kekurangan darah atau anemia,  ibu mengandung perlu amalkan minum segelas susu panas ketika bersahur.

8) Elakkan stress dan ketepikan rasa negatif seperti marah-marah.  Cuba tenangkan diri.  Emosi kalau tak stabil boleh menjejaskan kesihatan dan bayi dalam kandungan.

9) Ambil makanan yang berkhasiat ketika berbuka puasa.  Elakkan minuman sejuk.  Seeloknya berbuka dengan segelas minuman air panas suam yang manis untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.

(Visited 37 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Untuk anda yang mencari koleksi resepi biskut raya 2017 yang sedap, apa kata anda cuba …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *