Friday , 20 October 2017
Home » Kecantikan » Bentuk Badan » 7 Rahsia Kecilkan Peha Dengan Mudah

7 Rahsia Kecilkan Peha Dengan Mudah

7 Rahsia Kecilkan Peha Dengan Mudah. Perkara yang paling merisaukan wanita adalah memiliki peha yang besar, perut yang buncit dan punggung yang lebar. Ini akan membuatkan seorang wanita nampak seperti berlebihan berat badan.

Lemak biasanya akan terkumpul di peha dan perut. Adakalanya berdiet sahaja tidak cukup untuk mengecilkan peha dan perut. Senaman juga penting untuk memastikan badan bukan sahaja sihat tetapi dapat menyingkirkan lemak dan membuatkan badan kelihatan lebih langsing.

7 Rahsia Kecilkan Peha Dengan Mudah
Ini adalah contoh SENAMAN LUNGES yang mudah diamalkan.

Untuk anda yang mempunyai masalah peha yang besar, perut yang buncit dan punggung yang lebar, di bawah ini kami kongsikan beberapa tips untuk anda cuba.

7 Rahsia Kecilkan Peha Dengan Mudah

1) Jaga Pemakanan – Untuk memastikan lemak yang berlebihan tidak terkumpul di peha dan perut, anda perlu jaga pemakanan. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian anda. Jika anda ingin berdiet dan mengurangkan pengambilan nasi, anda perlu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia membantu melancarkan proses pencernaan. Elakkan juga pengambilan jajan yang tidak menyihatkan, gantikan dengan snek sihat yang mengandungi kekacang seperti pistachio, badam, gajus dan juga buah-buahan kering.

2) Kurangkan Gula – Pengambilan gula yang berlebihan dikatakan menjadi punca kepada kenaikan berat badan. Jadi untuk anda yang mengimpikan memiliki perut yang kempis dan peha yang kecil perlu segera hentikan pengambilan gula secara berlebihan. Elakkan pengambilan minuman berkarbonat. Lebihkan air suam dan jus buah-buahan segar.

3) Bersenam – Sekadar menjaga makan je tak cukup, anda perlu juga rajin bersenam untuk menyingkirkan lemak atau mengelak dari lemak berkumpul di bahagian peha, perut dan punggung. Senaman yang paling berkesan adalah senaman kardio. Jika malas nak lakukan senaman kardio, anda boleh pilih untuk berjogging, berbasikal ataupun sekadar naik dan turun tangga. Tetapi kalau nak melihat hasil yang lebih cepat, Notawanita syorkan anda lakukanlah senaman kardio. Anda boleh mencari video-video senaman kardio di youtube dan melakukannya sendiri di rumah.

4) Lunges – Lunges juga adalah sejenis senaman yang hanya mempunyai dua langkah dan sangat mudah untuk dilakukan. Untuk anda yang malas bersenam atau tidak mempunyai banyak masa terluang, bolehlah amalkan lunges. Kalau diamalkan secara konsisten, senaman lunges ini membantu membakar lemak dan kecilkan peha, punggung dan perut.

5) Krim Bakar Lemak – Anda juga boleh sapukan krim anti selulit untuk mengecilkan peha anda. Selain membeli krim anti selulit yang dijual di pasaran, anda boleh membuat sendiri di rumah. Antara bahan-bahan yang anda perlukan adalah 3 sudu besar gula perang, 1/4 cawan serbuk kopi dan 2 sudu minyak zaitun.

6) Memakai Shapewear – Shapewear atau bengkung boleh dipakai untuk mendapatkan kesan serta merta terutamanya jika anda perlu menghadiri sesuatu majlis dan ingin peha, perut dan punggung anda kelihatan kecil. Jika anda ingin menggunakannya untuk jangka masa panjang pastikan anda memilih saiz dan material yang sesuai, tetapi harganya mungkin sedikit mahal.

7) Motivasi – Kalau nak badan langsing, anda perlu terus motivasikan diri supaya anda konsisten bersenam dan menjaga pemakanan. Pada awalnya bukan mudah kerana hasilnya anda belum lihat lagi. Jadi rasa nak ‘give up’ dan malas itu akan sentiasa ada. Cari kawan yang juga mengimpikan badan yang langsing, agar anda dapat bersenam bersama atau ‘bersaing’ secara sihat siapa yang dapat saiz peha dan punggung idaman terlebih dahulu.

Semoga 7 Rahsia Kecilkan Peha Dengan Mudah yang Notawanita kongsikan ini membantu anda untuk mendapat saiz peha yang anda idamkan.

(Visited 667 times, 2 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *