Wednesday , 26 April 2017
Home » Kecantikan » 7 Perkara Yang Wanita Wajib Tahu Tentang Bercukur

7 Perkara Yang Wanita Wajib Tahu Tentang Bercukur

7 Perkara Yang Wanita Wajib Tahu Tentang Bercukur. Ada beberapa perkara yang wanita wajib tahu dan perlu teliti setiap kali ingin bercukur, tidak kira mencukur bahagian kaki, bawah lengan ataupun di bahagian intim.

Bercukur adalah salah satu rutin penjagaan diri. Kebersihan dan keselesaan diri perlu diutamakan. Bila badan bersih dan anda rasa selesa, pasti anda akan rasa lebih yakin untuk melaksanakan tanggungjawab dan aktiviti seharian.

7 Perkara Yang Wanita Wajib Tahu Tentang Bercukur

7 Perkara Yang Wanita Wajib Tahu Tentang Bercukur

1) Guna Pencukur Yang Bersih Dan Berkualiti – Jangan sesekali guna pencukur yang telah berkarat ataupun kotor. Pencukur yang tumpul juga boleh menyebabkan luka di bahagian kulit anda. Beli pencukur dari jenama yang berkualiti. Pastikan mata pisau tidak bengkok. Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, jangan gunakan lebih dari dua kali. Buang pencukur jika mata pisau telah tumpul.

2) Cukur Selepas Mandi – Anda tentu tertanya-tanya kenapa kena bercukur selepas mandi dan bukannya sebelum. Bulu roma akan lebih lembut selepas terkena air jadi ia akan memudahkan proses mencukur. Mata pisau dapat meluncur dengan lebih lancar dan rapat dengan kulit. Ini membantu mengelak kulit terluka.

3) Guna Pencuci Badan – Untuk memudahkan proses mencukur anda tak perlu krim khusus seperti yang kebiasaannya digunakan oleh kaum lelaki sebelum bercukur. Anda boleh gunakan Shower Cream (pencuci badan) ataupun guna perapi rambut. Ini akan membuatkan kulit anda lebih licin dan mudah untuk mencukur.

4) Jangan Kongsi Pencukur – Walaupun perkara ini nampak remeh tetapi jangan sesekali berkongsi pencukur dengan individu lain. Pisau pencukur yang telah digunakan boleh mengandungi bakteria dan menyebabkan infeksi atau jangkitan pada kulit.

5) Bilas Mata Pisau Selepas Setiap Cukuran – Cuci pencukur dengan air yang bersih selepas setiap strok cukuran. Ini untuk mengelak dari mata pisau menjadi tersumbat dengan sisa krim dan kulit mati. Mata pisau yang tersumbat akan membuatkan cukuran menjadi tidak rapi.

6) Ambil Berat Tentang Kondisi Kulit – Jangan bercukur pada bahagian kulit yang bermasalah seperti ruam atau jerawat. Ia bukan sahaja akan mengakibatkan luka pada bahagian kulit tapi juga boleh menyebakan jangkitan pada bahagian kulit yang lain.

7) Sapu Losyen Atau Minyak – Pastikan bahagian kulit yang telah dicukur, dicuci dengan air yang bersih dan lap dengan kain yang kering atau lap menggunakan tisu. Sapu losyen atau minyak zaitun untuk mengelak kulit kering di bahagian yang telah dicukur terutamanya di bahagian kaki.

Jangan lupa kongsikan 7 Perkara Yang Wanita Wajib Tahu Tentang Bercukur ini dengan kaum hawa yang lain.

 

(Visited 171 times, 2 visits today)

Check Also

Resepi Sarapan Sihat Untuk Kekal Langsing

Resepi Sarapan Sihat Untuk Kekal Langsing

Inginkan Resepi Sarapan Sihat Untuk Kekal Langsing? ¬†Biarpun anda dalam proses kuruskan badan, anda tetap …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *