Home » Kecantikan » 7 Pekara Wajib Buat Untuk Dapatkan Kulit Flawless

7 Pekara Wajib Buat Untuk Dapatkan Kulit Flawless

Apakah Cara Untuk Dapatkan Kulit Flawless? Ini dia 7 Pekara Wajib Buat Untuk Dapatkan Kulit Flawless yang anda idamkan selama ini. Guna produk kecantikan yang mahal pun belum tentu kulit anda bersih dan licin jika 7 perkara yang Notawanita kongsikan ini masih anda abaikan.

Kulit Flawless adalah kulit yang bersih dan gebu tanpa sebarang masalah kulit seperti jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam dan sebagainya. Tanyalah mana-mana wanita, pasti semua mengimpikan kulit yang cerah, bersih dan gebu. Saya dan anda pun pasti tidak terkecuali kan. Selain pemakaian produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit, beberapa petua kecantikan dalaman juga perlu diikuti.

Apakah rahsia untuk dapatkan kulit flawless?

7 Perkara Wajib Buat Untuk Dapatkan Kulit Flawless

1) Minum Air Suam – Air suam atau air kosong sangat diperlukan badan untuk elak dehidrasi. Amalan minum air secukupnya setiap hari akan membuatkan kulit anda sentiasa lembab dan lembut bila disentuh. Untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat pun ada kemungkinan berpunca dari kurang minum air.

7 Pekara Wajib Buat Untuk Dapatkan Kulit Flawless

2) Kurangkan Pengambilan Gula – Anda pasti sudah sedia maklum tentang bahaya pengambilan gula yang berlebihan. Sebenarnya gula yang berlebihan juga tidak elok untuk kulit. Jadi kalau anda suka minum minuman yang manis, eloklah hentikan dengan segera. Gantikan dengan minum jus buah-buhan yang segar (yang dibuat sendiri di rumah). Khasiat dari jus buah-buahan ini juga elok untuk kecantikan kulit anda.

3) Tidur Yang Cukup – Tidur atau waktu rehat yang cukup sangat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Kurang tidur akan membuatkan kulit anda kusam dan kurang bermaya. Kalau kulit flawless menjadi idaman anda, pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup.

4) Elak Merokok – Merokok akan merosakkan tekstur kulit dan menyebabkan pelbagai jenis masalah kulit antaranya jeragat. Kulit muka yang berjeragat akan membuatkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar. Jadi kalau nak kulit yang flawless, janganlah merokok.

Kenali Tanda-Tanda Kulit Kusam

5) Bersenam – Anda tentu tertanya-tanya apa kaitan senaman dengan kulit yang flawless… Bila kita rajin bersenam, badan akan mengeluarkan peluh. Pengeluaran peluh juga akan menyingkirkan toksin-toksin yang terkumpul dalam badan. Ini akan membantu untuk menyihatkan tubuh. Bila badan sihat, kulit pun pasti akan sihat.

6) Guna Air Sejuk Untuk Cuci Muka – Setiap kali anda mencuci muka, tidak kita pagi atau malam… amalkan mencuci muka menggunakan air sejuk. Air sejuk tidak akan mengeringkan kulit sebaliknya membuatkan kulit kelihatan lebih segar.

7) Elak Stress – Stress merupakan antara salah satu punca masalah kulit seperti jerawat dan juga jeragat. Elak stress dengan gaya hidup yang lebih positif dan bijak kawal emosi.

Inilah antara rahsia untuk dapatkan kulit flawless yang boleh anda amalkan setiap hari. Notawanita dah kongsikan infonya dengan anda, terpulang pada anda nak amalkan atau tidak 7 Pekara Wajib Buat Untuk Dapatkan Kulit Flawless

 

 

(Visited 220 times, 1 visits today)
  • 1
    Share

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …