Thursday , 23 November 2017
Home » Kesihatan » 7 Makanan Yang Patut Wanita Elakkan Ketika Haid

7 Makanan Yang Patut Wanita Elakkan Ketika Haid

Wahai wanita, Tahukah anda terdapat 7 Makanan Yang Patut Wanita Elakkan Ketika Haid. Kenapa? Kerana ia mungkin membuatkan sakit senggugut anda bertambah teruk dan ia juga memberikan kesan kepada mood anda.

Ketika datang bulan atau haid, majoriti wanita akan berasa lebih lapar dari biasa. Kalau diikutkan hati, semua jenis makanan di depan mata pun ingin dinikmati. Tetapi ramai yang tidak tahu, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh membuatkan anda rasa tidak selesa ketika haid. Di bawah ini kami kongsikan senarainya dengan anda.

7 Makanan Yang Patut Wanita Elakkan Ketika Haid

7 MAKANAN YANG PATUT WANITA ELAKKAN KETIKA HAID

1. Makanan Berlemak

Makanan yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ini akan meningkatkan lagi sakit senggugut anda. Seeloknya anda makan sup panas yang kurang berlemak ketika sedang haid.

2. Ais Krim

Susah nak tolak ais krim ketika sedang haid. Dahlah badan yang panas dan tak selesa, kalau makan ais krim pasti dapat menyejukkan badan kan. Tetapi kebanyakkan ais krim adalah dari produk tenusu yang berlemak dan boleh membuatkan senggugut bertambah teruk. Namun jika anda masih teringin makan ais krim ketika haid, pilihlah ais krim yang tidak mengandungi susu. Tetapi kalau boleh, elaklah mengambil ais ketika haid ye.

3. Makanan Ringan Seperti Keropok Dan Kerepek

Makanan ringan seperti keropok dan kerepek mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Ini boleh membuatkan perut rasa kembung dan berangin seterusnya membuatkan anda rasa loya.

4. Makanan Yang Manis

Makanan bergula seperti coklat, biskut dan kek dikatakan boleh menaikkan mood ketika haid tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Namun kesan pengambilan gula akan membuatkan sakit senggugut bertambah teruk dan makin menjejaskan mood anda

5. Minuman Berkafein

Kopi antara minuman yang tinggi kandungan kafein dan menjadi minuman kegemaran ramai. Namun hakikatnya kafein menjadi punca sakit senggugut. Kalau masih nak mengambil minuman panas ketika haid, bolehlah gantikan kopi dengan teh. Teh lebih rendah kandungan kafeinnya.

6. Minuman Tenaga

Minuman bertenaga juga mengandungi kafein jadi kesannya sama seperti anda minum kopi. Sebolehnya elaklah minuman bertenaga ketika anda sedang haid.

7. Minuman Berais
Minuman yang berais memang tidak sesuai diambil ketika sedang haid sama seperti ais krim. Kalau anda kerap sakit senggugut, memang kena elak semua ni selama anda datang bulan. Minum air suam yang sedikit panas, dapat meredakan sakit senggugut anda.

Kepada sesiapa yang mengalami sakit senggugut, sekarang anda tahu senarai 7 Makanan Yang Patut Wanita Elakkan Ketika Haid.

(Visited 331 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *