Home » Kecantikan » 7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih muda? Ingin tahu cara mencegah uban sebelum waktunya?

Bukan lagi menjadi perkara pelik jika rambut seseorang mula beruban di lewat dua puluhan atau awal tiga puluhan. Kanak-kanak dan remaja pun tidak terkecuali, ada yang sudah mula ada sehelai dua rambut putih atau uban di kepala.

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

Cara Mencegah Uban Sebelum Waktunya

Jika di usia emas, uban adalah sesuatu yang normal. Tetapi hakikat ini berbeza pula bagi golongan muda. Beruban di usia muda akan membuatkan seseorang hilang keyakinan diri. Memang akan terasa malu jika uban di atas kepala menjadi bahan usikan rakan sebaya.

Punca Rambut Beruban

Gaya hidup yang tidak sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang, kekurangan nutrisi dan stress atau tekanan menjadi antara penyebab atau punca utama rambut beruban di usia muda.

Artikel Berkaitan : Tips Penjagaan Rambut Agar Kekal Sihat Dan Lebat

Untuk artikel ini saya nak fokuskan pada amalan pemakanan yang sihat yang dapat membantu mencegah rambut beruban di usia muda.

Sayur Hijau Bantu Cegah Uban

Sayur-sayuran hijau memang kaya dengan vitamin dan nutrisi. Antaranya vitamin B6 dan B12 yang sangat penting untuk kesihatan rambut. Menurut kajian pengambilan sayuran hijau secara kerap dapat membantu mengelak rambut beruban di usia muda. Pastikan anda mengambil hidangan sayuran hijau dalam setiap waktu makan utama terutamanya waktu makan tengahari dan waktu makan malam.

Buah Beri Kawal Pertumbuhan Uban

Buah dalam kategori beri seperti strawberi, rasberi, mulberi dan sebagainya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C membantu memelihara kesihatan rambut dan dapat mengawal pertumbuhan uban.

Cara Mencegah Uban Sebelum Waktunya

Coklat Elak Uban Di Usia Muda

Coklat kaya dengan kandungan zinc yang membantu menghasilkan melanin. Melanin membantu meningkatkan warna pada rambut untuk mengelak uban atau rambut putih.

Ikan Salmon Cegah Masalah Uban

Ikan Salmon antara makanan laut yang sesuai dimakan untuk mencegah masalah uban. Ikan salmon kaya dengan selenium. Selenium adalah sejenis mineral yang melindungi warna semulajadi pada rambut.

Kacang Badam Menyihatkan Rambut

Badam atau almond mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Vitamin E membantu menyihatkan rambut dan mencegah masalah rambut beruban di usia muda.

Susu Pembekal Nutrisi Untuk Rambut

Pengambilan susu atau produk olahan susu memang elok untuk kesihatan rambut. Produk olahan susu mempunyai kandungan vitamin B, B6 dan B12 yang membantu menghasilkan sel darah merah yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan nutrisi ke kulit kepala.

Cara Elak Uban Di Usia Muda

Biji Bunga Matahari Hasilkan Melanin

Kuaci biji bunga matahari mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Ia membantu pengeluaran melanin pada rambut untuk mengelak rambut beruban

Artikel Berkaitan: Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak

Selain mengambil 7 jenis makanan yang membantu mencegah uban, anda juga kena amalkan gaya hidup yang sihat. Rajin bersenam untuk melancarkan aliran darah. Jangan biarkan stress atau tekanan menguasai diri. Selain itu pilih produk penjagaan rambut yang sesuai dan tidak mengandungi kandungan bahan kimia yang tinggi.

(Visited 1,795 times, 1 visits today)
  • 10
    Shares

Check Also

5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam

5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam

5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam. Ingin tahu sama ada seseorang itu meminati anda ataupun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *