Monday , 26 June 2017
Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » 7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam

7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam

7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam. Jika anda sedang mencari menu makanan yang sesuai untuk orang demam, artikel ini pasti dapat memberikan senarai hidangan sihat yang boleh mengembalikan selera makan orang demam.

Kebiasaannya bila seseorang diserang penyakit seperti demam, selsema, sakit tekak dan batuk pasti selera makannya akan berkurangan atau terus hilang selera nak makan kerana semua jenis makanan pun akan terasa pahit. Tapi kalau tak makan macam mana nak sihat? Tak pasal-pasal nanti makin melarat pula demam tu nanti.

Kajian menunjukkan makanan yang sesuai dan menyihatkan dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Lagipun zat dan vitamin yang terkandung dalam menu yang sihat dapat membantu tubuh melawan jangkitan penyakit.

7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam

Dalam artikel ini, notawanita akan kongsikan dengan anda 7 jenis menu yang boleh anda cuba ketika anda atau ahli keluarga anda sedang demam.

7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam

1) Madu Asli – Madu asli sememangnya terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Madu dapat bertindak sebagai antibakteria atau antivirus untuk melawan jangkitan penyakit. Dan yang paling penting madu dapat merawat sakit tekak dan mengurangkan batuk. Tapi pastikan yang anda beli itu madu asli dan bukan madu tiruan ye.

2) Bubur Ayam atau Bubur Ikan – Bila sedang demam memang sukar nak telan nasi putih biasa, lebih-lebih lagi jika mengalami sakit tekak dan batuk. Tetapi untuk memastikan badan kekal bertenaga anda tetap perlu makan. Cara paling sesuai adalah gantikan nasi putih dengan bubur nasi. Bubur nasi lebih lembut jadi lebih mudah nak telan kan. Untuk menambahkan vitamin dan mineral dalam bubur nasi anda, bolehlah anda tambahkan ayam, ikan atau sayur-sayuran. Selain berkhasiat, bubur nasi berlauk juga lebih sedap.

3) Sup Ayam dengan Bawang Putih – Bawang putih adalah antibiotik semulajadi untuk melawan pelbagai jenis penyakit lebih-lebih lagi demam dan selsema. Bawang putih juga bertindak sebagai anti virus untuk melawan jangkitan penyakit. Daging ayam pula kaya dengan sumber protein yang diperlukan badan untuk kekal bertenaga.

4) Sup Sayur – Kebanyakkan sayur-sayuran hijau mengandungi kandungan nutrien yang sangat tinggi. Pengambilan sup sayur yang masih panas dapat membantu merawat selsema dan melawan rasa sejuk. Selain sayuran hijau, anda juga boleh memilih sayur seperti lobak merah dan putih untuk membuat sup. Tambahkan juga dengan cendawan untuk menghasilkan sup sayur yang lebih menyihatkan.

5) Sup Ikan – Satu lagi sup yang boleh anda makan atau hidangkan untuk merawat demam adalah sup ikan. Pilih jenis ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti tuna, salmon atau ikan kembung. Omega 3 membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

6) Makanan Berkunyit РKunyit mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat jangkitan bakteria dan virus jadi ia amat sesuai ditambahkan ke dalam menu orang demam. Satu petua yang boleh anda cuba untuk merawat selsema dan demam adalah minum susu panas yang ditambahkan dengan sedikit kunyit di dalamnya. Namun ketika anda mengalami batuk berkahak, elakkan mengambil minuman atau makanan dari sumber tenusu kerana ia akan membuatkan kahak menjadi lebih pekat.

7) Buah-buahan Segar – Buah-buahan segar dari kategori sitrus dan beri memang sesuai diberikan kepada orang yang demam. Buah-buahan sitrus seperti oren, lemon dan limau kaya dengan vitamin yang dapat melawan jangkitan penyakit. Jus limau memang sesuai untuk merawat sakit tekak dan mengeluarkan lendir kahak. Manakala buah beri pula kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan imun badan untuk melawan selsema dan demam.

Semoga artikel 7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam dapat membantu anda untuk lebih cepat pulih dari demam dan badan pun akan rasa lebih segar.

(Visited 2,226 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

Pasti ramai yang akan masak resepi rendang ayam istimewa hari raya nanti. Bahan-bahan nak masak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *