Home » Soal Hati » 7 Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Wajib Tahu

7 Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Wajib Tahu

7 Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Wajib Tahu. Apakah tanda-tanda seorang lelaki itu playboy? Pernahkah anda terjebak bercinta dengan lelaki yang bertukar teman wanita seperti menukar baju?

Mempunyai kekasih hati atau suami yang penyayang, bertanggungjawab dan setia pasti menjadi idaman setiap wanita. Namun ada juga wanita yang kurang bernasib baik bila pasangannya itu sebenarnya seorang playboy atau istilah yang sering digunakan ‘player’

Wahai kaum wanita, berhati-hati memilih pasangan hidup. Jangan sekadar menilai pada rupa, harta dan pangkat. Selami hatinya, kerana hati yang baik dan setia pasti membahagiakan.

7 Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Wajib Tahu

Lelaki yang dilabel sebagai playboy atau player kebiasaannya pandai bergaya dan berkarisma. Selain bijak menyusun kata, lelaki playboy juga memang terer mengayat membuatkan wanita cair dan begitu mudah untuk jatuh cinta.

7 Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Wajib Tahu

1) Berperwatakan Menarik – Lelaki playboy tidak semestinya seorang yang kacak tetapi selalunya bijak menjaga penampilan diri. Berbau wangi, rambut didandan kemas dan dari segi berpakaian pun memang segak dan kemas.

2) Peramah Dan Mudah Mesra – Seorang playboy biasanya adalah seorang yang mudah mesra dan begitu perawah dengan wanita. Sasaran seorang playboy selalunya pada wanita yang cantik, berkerjaya dan yang bijak membawa diri.

3) Terlebih Caring – Lelaki Playboy suka melayan kerenah wanita. Dia rajin menghantar mesej atau menelefon. Pelbagai topik yang dibincangkan dengan tujuan untuk mengayat dan menambat hati.

4) Kerap Memberi Alasan – Lelaki playboy mempunyai ramai teman wanita dan terpaksa melayan semua membuatkan dia kerap memberikan alasan bila diajak keluar. Sibuk dengan kerja sering menjadi alasan paling utama.

5) Ayat Sentiasa Manis – Lelaki playboy sukar membincangkan tentang komitmen dan masa depan. Dia lebih suka bermain dengan ayat ayat manis dan menabur pelbagai janji. Dia cukup selesa dengan perhubungan tanpa komitmen. Bila perhubungan makin serius, dia akan mula tarik diri dan membuatkan si wanita terkejar-kejar cintanya.

6) Ramai Teman Wanita – Memandangkan lelaki playboy seorang yang memang pakar dalam bab mengayat maka tidak hairanlah dia jenis yang mempunyai begitu ramai teman wanita. Sukar untuk mencari rasa bersalah dalam diri seorang lelaki playboy kerana baginya kebahagiaan adalah bila sentiasa ditemani dan dikelilingi wanita.

7) Topik Perbualan Sering 18 SX – Seorang playboy suka mengajak wanita berbual tentang topik yang agak peribadi melibatkan perkara yang lucah atau sensual.

Jadi wahai kaum wanita, berhati-hati dengan lelaki yang mempunyai 7 Ciri Lelaki Playboy ini. Jauhkan diri dari lelaki yang sekadar ingin menggunakan anda dan memainkan hati anda. Sebagai wanita, anda perlu bijak menilai hati seorang lelaki antara yang serius ingin menjadikan anda isteri atau sahaja untuk menjadi anda backup di kala sunyi.

(Visited 507 times, 6 visits today)

Check Also

Resepi Popcorn Karamel Yang Mudah Dibuat

Resepi Popcorn Karamel Yang Mudah Dibuat

Resepi Popcorn Karamel Yang Mudah Dibuat. Jom belajar cara buat Popcorn Karamel yang sangat sedap. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *