Tuesday , 20 February 2018
Home » Kecantikan » 7 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

7 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Nak tahu Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata yang juga dikenali sebagai mata panda. Eye Bag atau lingkaran gelap di bawah mata pasti akan menjejaskan penampilan. Muka akan kelihatan kusam, tidak bermaya seolah tak cukup tidur.

Jika anda mengalami masalah eye bag atau lingkaran gelap bawah mata, apa kata anda cuba salah satu cara yang saya kongsikan ini untuk merawat mata panda anda.

Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

7 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

1) Timun – Hiris timun dan lekapkan pada mata. Seeloknya dibiarkan semalaman. Jika ada waktu terluang ketika siang hari, boleh juga letak hirisan timun pada mata dan baring seketika. Selepas itu cuci muka dengan air bersih. Timun berkhasiat untuk menyegarkan mata.

2) Uncang teh – Jangan dibuang uncang teh yang telah digunakan. Ia boleh digunakan untuk merawat mata panda anda. Lekapkan uncang teh pada mata untuk kira-kira setengah jam. Selepas itu cuci muka seperti biasa. Selain merawat lingkaran gelap bawah mata, uncang teh juga berkhasiat untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit di bahagian mata.

3) Tomato – Hiris tomato dan lekapkan di bahagian mata untuk kira-kira setengah jam. Sambil tu bolehlah anda rehatkan badan seketika. Tomato berkhasiat untuk mencerahkan kulit dan mujarab untuk merawat eye bag.

4) Kentang – Selain tomato, hirisan kentang juga boleh digunakan untuk merawat lingkaran gelap bawah mata. Mula-mula kupas kulit kentang dan cuci bersih. Hiris kentang nipis-nipis dan letakkan pada bahagian mata untuk kira-kira 15 ke 20 minit. Selain mengurangkan kesan gelap, kentang berkhasiat untuk merawat masalah tona kulit yang tak sekata.

5) Jus Lemon – Ambil sebiji lemon, belah dua dan perah jusnya. Sapukan jus lemon pada bahagian bawah mata. Pastikan tidak terkena mata ye. Jus lemon berkhasiat untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Pastikan anda amalkan setiap hari sehingga masalah eye bag atau mata panda tiada lagi.

6) Minum Air – Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari kerana dehidrasi atau kekurangan air dalam badan akan membuatkan kulit anda kering dan tonanya menjadi tidak sekata. Malah kurang minum air akan membuatkan kulit kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.

7) Tidur Secukupnya – Penting untuk anda mendapatkan waktu tidur yang cukup. Bila badan letih dan tidak mendapat rehat yang cukup, kulit muka akan kelihatan lesu dan ini selalu menjadi punca utama lingkaran gelap bawah mata.

Semoga artikelĀ 7 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata membantu anda untuk merawat eyebag atau mata panda.

(Visited 66 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang

Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang

Jom cuba Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang yang sesuai dijadikan hidangan makan tengahari atau malam. …