7 Cara Berkesan Untuk Menyimpan Duit

7 Cara Berkesan Untuk Menyimpan Duit. Menabung atau menyimpan duit penting untuk masa depan. Selain mengurangkan perbelanjaan dengan berbelanja secara berjimat, ada banyak cara lain untuk menabung. Antaranya pelaburan, simpanan tetap, skim persaraan, mengurangankan bebanan hutang dan mencari alternatif lain yang lebih menguntungkan berkaitan dengan barang keperluan.

7 Cara Berkesan Untuk Menyimpan Duit

Menabung Secara Bijak

Terdapat satu cara mudah untuk menabung secara konsisten setiap bulan. Iaitu melalui peratus pemotongan gaji. Contohnya 15% dari gaji bulanan anda, dimasukkan terus ke akaun simpanan anda. Cara ini boleh diamalkan oleh anda yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Manakala bagi anda yang bekerja sendiri dan pendapatan tidak tetap, boleh melakukan kaedah penyimpanan yang sama setiap kali menerima bayaran. Contoh memasukkan 10% dari setiap cek atau bayaran yang diterima ke dalam akaun simpanan anda.

7 Cara Berkesan Untuk Menyimpan Duit

Mengurangkan Bebanan Hutang

Adakalanya kita tidak dapat mengelak dari berhutang. Antaranya membuat pinjaman pendidikan, membeli rumah atau kereta. Elak melakukan terlalu banyak pinjaman dalam satu masa kerana ia akan menyukarkan anda untuk melakukan pembayaran balik. Anda harus ingat, anda bukan sahaja perlu membayar semula jumlah pinjaman tetapi kadar faedah juga akan meningkat dari semasa ke semasa.

Menetapkan Matlamat Simpanan

Tetapkan ‘Saving Goal’ atau matlamat simpanan yang boleh dijadikan motivasi untuk anda terus menyimpan. Contohnya menyimpan duit melancong bersama keluarga atau untuk membeli barang kemas yang anda idamkan. Pastikan ‘saving goal’ anda itu sesuatu yang realistik dan boleh dicapai dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama. Matlamat simpanan yang lebih serius seperti untuk membeli rumah atau simpanan persaraan mungkin memerlukan tempoh yang lebih lama untuk dicapai.

Belanjawan bulanan untuk menyimpan duit

Sediakan ‘Budget’ Atau Belanjawan

Untuk memastikan anda menyimpan duit atau menabung secara bijak, anda perlu sediakan satu belanjawan lengkap. Ini dapat membantu anda meneliti aliran wang masuk dan keluar. Dengan adanya belanjawan, anda dapat menguragkan perbelanjaan yang tidak menguntungkan dan meningkatkan simpanan anda. Apa yang penting adalah anda perlu senaraikan secara lengkap setiap pendapatan dan perbelanjaan secara konsisten.

Mulakan Menabung Seawal Yang Mungkin

Tabiat suka menabung atau menyimpan duit perlu diamalkan di usia yang muda. Tetapi tidak kira berapa pun usia anda, mulakan menabung hari ini juga. Latih anak-anak untuk menyimpan duit di usia yang masih kecil. Biar sedikit yang disimpan setiap bulan, lama-lama nanti pasti menggunung juga hasilnya. Hanya setelah adanya simpanan, barulah lebih mudah untuk anda merancang masa depan dan menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Melabur

Pelaburan juga boleh dijadikan satu bentuk penyimpanan masa depan. Tetapi penting untuk anda kaji terlebih dahulu tentang skim pelaburan yang anda laburkan duit. Melabur secara bijak. Elak melabur dalam skim pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi kerana anda mungkin akan kehilangan semua duit yang telah anda laburkan.

Mengurangkan Perbelanjaan

Wanita dan shopping mungkin sukar dipisahkan. Tetapi jika anda ingin menyimpan duit maka anda haruslah mengurangkan perbelanjaan bulanan. Beli barang mengikut keperluan. Jangan boros ketika berbelanja. Setiap kali sebelum anda keluar membeli belah, senaraikan dahulu barangan yang ingin anda beli. Bawa wang yang mencukupi untuk membeli barangan dalam senarai anda. Elak menggunakan kad kredit kerana itu akan menambahkan bebanan hutang yang perlu anda bayar balik.

7 Cara Berkesan Untuk Menyimpan Duit ini boleh dijadikan panduan asas untuk anda yang merancang untuk menabung demi masa depan. Apa yang penting adalah anda perlu komited dan bermotivasi untuk memastikan setiap ‘Savings Goal’ anda tercapai dalam masa yang anda telah tetapkan.

 

(Visited 40 times, 1 visits today)