Friday , 20 October 2017
Home » Kecantikan » 6 Tips Mudah Untuk Lentikkan Bulu Mata

6 Tips Mudah Untuk Lentikkan Bulu Mata

6 Tips Mudah Untuk Lentikkan Bulu Mata. Ramai wanita yang mengimpikan memiliki bulu mata yang lentik dan panjang. Yang menjadi penyelamat selalunya antara maskara dan bulu mata palsu.

Adakah anda salah seorang yang ingin memiliki bulu mata yang lentik tetapi tidak mahu lagi menggunakan bulu mata palsu? Apa kata anda cuba cara panjangkan bulu mata secara semulajadi yang kami kongsikan di bawah ini.

6 Tips Mudah Untuk Lentikkan Bulu Mata

6 Tips Mudah Untuk Lentikkan Bulu Mata

  1. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Makanan membekalkan nutrisi yang penting untuk tubuh badan kita. Jika anda mahukan bulu mata yang lentik dan cepat panjang, anda perlu memastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi dengan vitamin B, asid folat, beta karoten dan asid amino.

  1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai khasiatnya yang tersendiri, antaranya melentikkan bulu mata. Caranya, anda perlu sapukan minyak zaitun pada bahagian kelopak bulu mata anda setiap malam sebelum anda tidur. Amalkan secara konsisten untuk melihat hasilnya. Anda juga boleh gantikan minyak zaitun dengan minyak badam.

  1. Buah Keras

Buah keras yang kerap dijadikan bahan dalam masakan sebenarnya boleh digunakan untuk melentikkan bulu mata. Anda cuma perlu bakar dua atau tiga biji buah keras sehingga agak kehitaman. Biarkan sejuk seketika, kemudian kisar atau tumbuk buah keras tersebut sehingga hancur. Setiap malam sebelum tidur, sapukan pada bulu mata. Tapi anda perlu hati-hati ye, jangan sampai nanti serbuk buah keras tu masuk ke dalam mata anda pula.

  1. Daun Sirih Dan Aloe Vera

Gabungan dauh sirih dan aloe vera atau lidah buaya juga dapat membantu anda mendapatkan bulu mata yang lentik. Caranya anda hanya perlu layurkan dua helai daun sirih dan celupkan ke dalam lendir lidah buaya. Kemudian sapukan ke bulu mata. Biarkan kering sejam dua. Selepas itu ambil sehelai lagi daun sirih, celupkan ke dalam air suam dan bersihkan bulu mata untuk menanggalkan lendir lidah buaya tadi. Bersih ikut gerakkan seperti anda memakai maskara.

  1. Sikat Bulu Mata

Amalan menyikat bulu mata secara kerap dengan menggunakan sikat bulu mata dapat merangsang pertumbuhan bulu mata. Pastikan anda titis setitik dua minyak zaitun kemudian barulah sikat bulu mata anda setiap malam. Amalan menyikat bulu mata dapat menggalakkan pertumbuhan dari folikel bulu mata.

  1. Gunting Hujung Bulu Mata

Menggunting hujung bulu mata juga berkesan untuk mendapatkan bulu mata yang lebih lentik. Namun anda perlu berhati-hati agar tidak mencederakan bahagian mata anda. Selepas menggunting hujung bulu mata, pastikan anda sapu bulu mata dengan minyak untuk merangsang pertumbuhan bulu mata.

 

(Visited 1,270 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *