Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » 6 Jenis Makanan Pembakar Lemak

6 Jenis Makanan Pembakar Lemak

6 Jenis Makanan Pembakar Lemak. Anda sedang merancang untuk menurunkan berat badan tetapi tidak tahu caranya? Ingin berdiet tetapi tak sanggup untuk menahan lapar?

6 Jenis Makanan Pembakar Lemak

Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan metabolisme dan membantu membakar lemak di bahagian perut anda dengan lebih cepat.

6 Jenis Makanan Pembakar Lemak

1)Beras Perang – Untuk anda yang ingin menurunkan berat badan, anda disyorkan untuk hentikan pengambilan nasi putih dan gantikan dengan beras perang. Beza dengan nasi putih, beras perang memiliki kadar karbohidrat yang sangat rendah. Selain itu beras perang kaya dengan vitamin dan mineral antaranya vitamin B, vitamin E, Mangnesium dan Zat Besi.

2)Yogurt Rendah Lemak – Pengambilan yogurt rendah lemak akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Secara tak langsung dapat mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan. Malah yogurt juga mempunyai bakteria baik yang dapat membuang racun atau toksin dalam perut dan melancarkan penyerapan nutrien makanan.

3) Oatmeal – Amalan makan oat, merupakan antara menu sarapan yang menyihatkan. Oat mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan jadi ia membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Oat juga dapat mengawal paras gula dalam darah. Selain itu oat dapat menghasilkan hormon yang dapat menyingkirkan lemak berlebihan dalam perut.

4) Sayuran Hijau – Selain melancarkan proses pencernaan, sayuran hijau tinggi dengan kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Amalan memakan sayuran hijau dapat membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lama. Selain itu ia juga dapat membantu proses pembakaran lemak di bahagian perut.

5) Teh Hijau – Teh hijau merupakan sejenis minuman antioksidan yang membantu meningkatkan metabolisme dan membantu membakar kalori. Teh hijau sangat sesuai diminum setiap kali selepas anda mengambil makanan yang berlemak.

6) Kekacang – Mungkin ramai yang menyangka, kekacang juga tinggi dengan kandungan lemak. Namun kacang seperti almond dan badam mempunyai kandungan lemak yang sihat dan dapat mempercepatkan metabolisme tubuh yang membantu membakar lemak tepu. Cuma anda perlu pastikan, anda tidak mengamalkan pemakanan kekacang secara berlebihan kerana ia boleh meningkatkan paras kolestrol.

Selain mengamalkan 6 Jenis Makanan Pembakar Lemak, senaman juga penting untuk membantu menyingkirkan lemak yang berlebihan.

 

(Visited 744 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …