6 Cara Mengamalkan Diet Yang Sihat

6 Cara Mengamalkan Diet Yang Sihat. Ramai yang beranggapan betapa susahnya untuk mengamalkan diet yang sihat. Diet bukan bermaksud menahan lapar dan bersenam sampai nak patah pinggang. Sebaliknya amalan pemakanan yang betul akan membuatkan badan rasa lebih sihat dan bertenaga.

Apakah cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat? Yang paling utama adalah menjaga pemakanan. Selain itu senaman dan kesihatan emosi turut memainkan peranan. Bila badan sihat barulah hidup pun lebih ceria kan. Untuk mengetahui secara lebih terperinci apakah 6 Cara Mengamalkan Diet Yang Sihat, kenalah baca artikel ini sepenuhnya.

6 Cara Mengamalkan Diet Yang Sihat

 

1) Minum Air  – Badan memerlukan air untuk memastikan suhu badan terpelihara dan segala toksin dalam badan dapat disingkirkan. Orang dewasa perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari. Pengambilan air secukupnya membantu mencantikkan kulit, melancarkan fungsi buah pinggang, mengawal nafsu makan dan membuatkan badan rasa lebih bertenaga. 2-3 liter air yang perlu diminum ini tidak termasuk minuman berkarbonat atau berkafein tau. Anda perlu minum air putih. Seeloknya air suam dan bukan ais.

2) Sarapan – Sarapan adalah waktu makan yang paling penting. Ambil sarapan yang sihat contohnya yang mengandungi bijirin, makanan kaya protein, buah-buahan dan sebagainya. Amalan mengambil sarapan yang menyihatkan akan membuatkan badan rasa lebih bertenaga dan mengurangkan nafsu makan tengahari. Elak mengambil makanan ringan atau yang terlalu manis dan berminyak untuk sarapan.

3) Makanan Seimbang – Pastikan makanan yang anda ambil sepanjang hari mempunyai nutrien yang mencukupi. Jika dulu anda selalu ambil nasi dahulu, apa kata anda ubah dan ambil lauk kemudian baru ambil nasi. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan  setiap kali anda makan. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, makanan manis dan makanan yang berlemak dan berminyak.

4) Makan Malam – Makanan perlukan masa untuk dihadam. Elak tidur sejurus selepas makan. Seeloknya makan dua jam sebelum tidur. Waktu makan malam yang sesuai adalah sekitar jam 8:00 malam. Namun jika anda masih rasa lapar selepas itu bolehlah anda makan snek. Tapi kenalah makan snek yang menyihatkan seperti buah-buahan kering atau kekacang yang tiada garam berlebihan. Minum segelas susu panas setiap malam pun baik untuk kesihatan dan membantu anda untuk tidur lebih lena sepanjang malam.

5) Sayur Ganti Daging – Lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan daging dalam menu hidangan anda setiap hari. Tak bermaksud anda kena henti makan daging dan jadi vegetarian. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kena lebihkan makan sayur. Sayur tinggi kandungan serat. Serat menurunkan kadar kolestrol, mengawal gula dalam darah dan melancarkan sistem pencernaan.

6) Makanan Proses – Kurangkan mengambil makanan dalam tin, makanan segera dan makanan sejuk beku yang telah diproses. Biarpun makanan sebegini cepat disediakan namun ia mengandungi bahan pengawet yang tidak elok untuk kesihatan.  Makanan sebegini juga selalunya ada tinggi kandungan garam, gula dan lemak.

Setelah membaca artikel 6 Cara Mengamalkan Diet Yang Sihat ini harapnya anda dapat menambah informasi tentang cara menjaga pemakanan harian anda.

(Visited 24 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *