Friday , 20 October 2017
Home » Kecantikan » 5 Tips Mudah Untuk Minyak Wangi Kekal Lama

5 Tips Mudah Untuk Minyak Wangi Kekal Lama

Ingin selalu berbau wangi? Ini dia Notawanita kongsikan 5 Tips Mudah Untuk Minyak Wangi Kekal Lama di badan. Ada segelintir yang kata, minyak wangi yang mahal dan berjenama je boleh tahan lama. Sebenarnya kalau anda tahu cara pemakaian wangian yang betul, minyak wangi yang 10 ringgit sebotol pun boleh membuatkan badan anda wangi untuk berjam- jam lamanya tau.

5 Tips Mudah Untuk Minyak Wangi Kekal Lama

1) Semburkan Minyak Wangi Sebelum Siap Berpakaian – Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai individu adalah menyemburkan minyak wangi pada baju dan bukannya pada badan. Kalau anda nak kekal wangi sentiasa, anda perlu semburkan minyak wangi terus pada badan. Haba dari badan kita akan mengaktifkan bau minyak wangi tersebut dan membuatkan badan kita sentiasa berbau wangi. Kalau sembur pada baju, memang bau wangi akan cepat hilang.

5 Tips Mudah Untuk Minyak Wangi Kekal Lama

2) Jangan Gosok Selepas Sembur Minyak Wangi – Satu lagi yang kerap dilakukan adalah teknik mengossok minyak wangi pada badan selepas menyembur. Betul tak? Sebenarnya bila kita menggosok minyak wangi itu pada badan, kita telah menghancurkan molekul wangian tersebut. Ini akan menyebabkan bau minyak wangi tersebut menjadi agak berbeza dan seringkali kurang wangi. Teknik yang betul adalah dengan semburkan minyak wangi terus pada kulit dan biarkan sahaja.

3) Semburan Pada Titik Nadi – Untuk memastikan seluruh badan berbau wangi untuk tempoh yang lama, semburkan minyak wangi pada titik nadi badan iaitu di belakang telinga, pangkal leher, siku, pergelangan tangan dan belakang lutut.

4)Lembabkan Kulit Sebelum Sembur Minyak Wangi – Kebiasaannya bau minyak wangi akan tahan lebih lama bila disembur pada kulit yang lembab dan berminyak berbanding dengan kulit kering. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah gunakan losyen pelembab pada kulit terlebih dahulu kemudian barulah sembur dengan minyak wangi. Tetapi penting untuk anda pastikan losyen pelembab itu tidak mempunyai bau agar bau minyak wangi tidak bercampur dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan atau terlalu menusuk hidung.

5) Penjagaan Minyak Wangi – Cara penjagaan minyak wangi juga tidak boleh dipandang remeh. Botol minyak wangi tidak boleh terdedah kepada kelembapan dan haba. Tempat penyimpanan botol minyak wangi yang sesuai adalah di tempat yang sejuk dan kering dan elakkan dari terkena cahaya matahari.

Semoga 5 Tips Mudah Untuk Minyak Wangi Kekal Lama yang Notawanita kongsikan ini akan membuatkan badan anda berbau wangi sepanjang hari dan anda akan lebih berkeyakinan untuk melaksanakan rutin seharian anda.

(Visited 200 times, 2 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *