Thursday , 23 November 2017
Home » Soal Hati » Cinta » 5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam

5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam

5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam. Nak tahu tak sama ada seseorang itu meminati anda ataupun tidak? Cuba perhatikan bahasa tubuhnya setiap kali dia berdepan dengan anda. Nampak bersahaja atau sebaliknya?

Kadang kala lelaki sukar nak mengaku yang dia meminati seseorang wanita itu. Mungkin kerana takut perasaannya itu tidak berbalas. Mungkin juga kerana ego atau malu.

5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam

Jadi bagaimana nak tahu yang si dia itu dah mula menyukai kita? 

Biarpun setiap individu mempunyai cara berbeza meluahkan atau menunjukkan minat mereka terhadap kita, namun mungkin 5 petunjuk yang dikongsikan di bawah ini boleh memberi gambaran secara asas sama ada si dia itu meminati anda ataupun tidak.

5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam

1) Jika si dia meminati anda dalam diam pastinya dia akan kelihatan sedikit gelisah bila berdepan dengan anda. Sukar nak tampil bersahaja bila kita berdepan dengan insan yang kita sayang di dalam diam kan. Kadang-kadang mungkin akan sampai berpeluh-peluh sebab hati dah mula ada satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

2) Si dia yang meminati anda secara senyap pastinya akan mudah mengukir senyuman bila anda lalu di depannya. Biarpun mungkin ketika itu dia sedang bersembang dengan kawan-kawan ataupun sedang buat kerja tetapi melihat anda sahaja sudah mampu membuatnya tersenyum seorang diri.

3) Orang yang meminati anda selalunya tidak akan melepaskan peluang untuk bersembang dengan anda. Mungkin kalau sehari tak sembang dengan anda, dia akan rasa macam tak lengkap rutin hariannya. Kebiasaannya si dia akan gemar mengusik atau memuji anda.

4) Lagi satu yang boleh anda perhatikan adalah, si dia yang meminati anda secara senyap ni suka berangan setiap kali bersembang dengan anda. Bukan berangan memandang ke arah lain, tetapi asyik merenung wajah anda. Mungkin dia sedang mencari kekuatan atau keberanian untuk meluahkan isi hatinya kepada anda. Ataupun mungkin dia tengah berangan bersanding dengan anda di atas pelamin.

5) Kata orang bila seseorang individu tu meminati kita dalam diam, aura perasaannya seolah akan dapat dirasakan oleh kita sendiri. Mungkin bila anda berdepan dengannya, anda pula yang akan rasa seperti jantung anda berdegup dengan lebih kencang. Pernah tak rasa macam ni?

5 tips ini bolehlah anda jadikan panduan untuk menilai isi hati si dia terhadap anda. Tapi jangan pula tersalah buat tanggapan, tak pasal-pasal nanti jadi kes syok sendiri pula.

(Visited 193,054 times, 18 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

One comment

  1. thank kerna kongsi ilmu heheheee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *