Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » 5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

Apakah 5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan? Rutin seharian kita yang senantiasa mengejar masa adakalanya membuatkan kita tidak sedar akan kesan daripada perkara atau tabiat yang sering kita amalkan.

Contohnya seperti makan selepas makan,  tidur selepas makan atau mungkin juga sekadar minum air teh selepas makan. Nampak seolah amalan harian yang biasa tetapi ia boleh memudaratkan kesihatan.

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

Mandi – Setiap kali kita mandi, suhu badan akan meningkat. Badan akan bertindak menghantar darah kepada kulit lebih banyak berbanding biasa. Keadaan ini akan mengganggu proses pencernaan dan memperlahankan kadar metabolisme tubuh. Hal ini akan membuatkan berat badan anda cepat naik. Untuk mengelak ini terjadi,  seeloknya anda mandi 30 minit selepas makan.

Tidur – Tidur selepas makan mungkin tidak akan menyebabkan berat badan naik mendadak tetapi ia tetap memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan anda. Tidur selepas makan mungkin menyebabkan pedih ulu hati atau sendawa akibat keasidan yang tinggi dalam perut. Malah tidur sejurus selepas makan juga meningkatkan risiko terkena strok.  Seeloknya anda tidur kira kira dua jam selepas menjamah makanan yang berat.

Minum Teh Panas – Mungkin ramai juga yang suka minum teh panas selepas makan dan mengamalkannya sebagai rutin harian. Tetapi teh panas ini boleh menjejaskan penyerapan zat besi dan mineral yang diperlukan oleh badan. Seeloknya anda minum segelas air suam selepas makan yang dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Kalau nak minum teh panas, tunggu sejam selepas makan.

Bersenam – Ramai yang menyangka bersenam sejurus selepas makan dapat membantu membakar kalori makanan yang baru diambil. Boleh juga bersenam selepas makan, tetapi pastikan senaman ringan seperti sekadar berjalan. Senaman seperti kardio, jogging dan sebagainya sejurus selepas makan mungkin akan membuatkan anda berasa loya dan meningkatkan risiko trauma atau sawan.

Merokok – Untuk perokok tegar yang gemar merokok selepas makan,  ini ada berita buruk untuk anda.  Ketika proses pencernaan berlaku, nikotin akan diserap secara dua kali ganda dan meningkatkan kesan bahaya kepada tahap kesihatan anda. Tembakau yang terkandung dalam rokok juga akan menghalang penyerapan vitamin dan mineral yang penting dan sekaligus mengurangkan khasiat dari makanan yang baru anda ambil.

 

(Visited 345 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …