Tuesday , 12 December 2017
Home » Soal Hati » 5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita

5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita

Apakah 5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita?  Sebagai manusia biasa baik lelaki ataupun wanita masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.  Pernahkah anda tertanya-tanya lelaki tak suka wanita yang macam mana.

Bukan berat badan atau bentuk badan yang menjadi persoalan tetapi sikap dan personaliti si wanita yang menjadi ukuran.  Wahi kaum lelaki benarkah anda tidak berkenan dengan 5 sikap sebegini?  Yang wanita pula jika anda mempunya salah satu atau kesemua 5 perkara yang Notawanita senaraikan ni…jom ubah diri untuk jadi lebih baik.

5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita

5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita

Queen Control
Majoriti lelaki tidak suka dikongkong dan dikawal pergerakan. Apatah lagi jika si wanita kerap meyekat segala aktiviti mereka. Kebiasaannya bila dapat wanita yang queen control,  si lelaki akan urut sahaja segala arahan kamu, tetapi dibelakang memang ada peratusan tinggi untuk mereka buat perangai.

Tidak Hormat orang Tua
Lelaki begitu gemarkan wanita yang tinggi budi bahasa dan tahu menghormati orang tua. Wanita yang kasar dan tidak hormat orang tua pasti tidak akan di bawa pulang untuk diperkenalkan kepada orang tuanya. Tak sesuai dia buat calon isteri kalau tidak tahu melayan orang tuanya.

Gedik
Perangai gedik wanita yang melampau dan kebudak-budakan pasti akan membuatkan lelaki rasa rimas.  Selalunya wanita yang gedik nampak seolah tak tau berdikari dan suka berkepit sahaja.  Ini akan menyekat si lelaki dan membuatkannya rasa terbeban. Lebih memburukkan keadaan kalau wanita itu jenis yang kuat merengek.

Kaki Kikis
Lelaki pandai menilai wanita sama ada ikhlas mencintai atau sekadar mengikis.  Dalam sesuatu perhubungan jangan suka meminta atau mendesak macam-macam. Biar si lelaki yang ikhlas memberi. Wanita yang materialistik memang tidak disenangi lelaki.

Main Kayu Tiga
Tiada seorang pun yang suka dikhianati atau di permainkan perasaannya.  Lelaki memang benci bila mendapat tahu pasangannya bermain kayu tiga. Jika kaum wanita mudah memaafkan pasangan yang curang dibelakangkannya,  berbeza pula dengan kaum lelaki yang sukar memaafkan.

Selain 5 perkara yang tersenarai ini,  anda rasa apa lagi yang lelaki tidak suka tentang wanita?  Kongsikan di ruangan komen.

Notawanita: Nantikan perkongsian 5 Perkara Yang Wanita Tidak Suka Tentang Lelaki dalam artikel seterusnya.

(Visited 1,798 times, 5 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …