Tuesday , 12 December 2017
Home » Kecantikan » Solekan » 5 Langkah Ukir Kening Yang Sempurna

5 Langkah Ukir Kening Yang Sempurna

Nak belajar teknik lukis kening yang betul? Cuba 5 Langkah Ukir Kening Yang Sempurna ini untuk mendapatkan bentuk kening yang anda idamkan dan menjadi pelengkap solekan muka anda.

Mempelajari teknik solekan yang betul sering menjadi idaman setiap wanita yang gemar bersolek. Tetapi ramai yang mengeluh bila sampai ke bahagian untuk melukis atau mengukir kening.  Jika salah ukir kening, pasti akan mencacatkan solekan wajah.

5 Langkah Ukir Kening Yang Sempurna

Siapa kata susah nak ukir kening yang sempurna. Meh Notawanita kongsikan cara lukis kening yang sempurna untuk anda cuba sendiri.

5 LANGKAH UKIR KENING YANG SEMPURNA

Langkah 1 – Yang paling utama adalah anda perlu memiliki alat solek yang lengkap untuk kening antaranya celak kening, maskara kening dan concealer cerah bagi yang tidak mahu mencukur kening.

Langkah 2 – Mula-mula sekali lukis satu garisan lurus di bahagian bawah kening. Pastikan di bahagian hujung kening di lukis dengan jelas.

Langkah 3 – Selepas itu lukis satu garisan lurus di bahagian atas pula dan lukis lekuk di bahagian hujung bagi membentuk kening yang sempurna.

Langkah 4- Seterusnya ratakan warna kening menggunakan maskara kening. Anda perlu gunakan tona yang sedikit cerah untuk mendapatkan hasil ukiran kening yang nampak natural

Langkah 5 – Akhir sekali kemaskan bawah kening terutamanya penjuru kening dengan menggunakan concealer untuk menutup cela pada ukiran kening anda.

Anda perlu praktis mengukir kening beberapa kali untuk mendapatkan hasil ukiran kening yang nampak sempurna.

Selamat mencuba.

sumber: majalah EH

(Visited 59 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …