Tuesday , 12 December 2017
Home » Parenting » 5 Jenis Makanan Yang Boleh Melemahkan Otak Anak

5 Jenis Makanan Yang Boleh Melemahkan Otak Anak

Apakah 5 Jenis Makanan Yang Boleh Melemahkan Otak Anak Anda? Akibat sibuk dengan komitmen kerja, adakalanya ibu bapa gagal menyediakan makanan yang sihat untuk anak-anak. Perkara ini mungkin nampak remeh. Tetapi tahukah anda bahawa ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh membantutkan perkembangan minda anak anda.

Lambakan makanan segera di pasaran seringkali menjadi pilihan untuk memastikan anak tidak kelaparan. Lagipun makanan segera bukan sahaja mudah disediakan tetapi ia juga antara jenis makanan yang sangat digemari oleh kanak kanak.

5 Jenis Makanan Yang Boleh Melemahkan Otak Anak

5 Jenis Makanan Yang Boleh Melemahkan Otak Anak

Sayangnya makanan-makanan sebegini sebenarnya mendatangkan risiko yang agak berbahaya. Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan tubuh tetapi ia juga boleh membantutkan perkembangan otak anak

1) Makanan Yang Tinggi Kandungan Gula – Makanan seperti biskut, gula-gula, kek dan sebagainya boleh menyebabkan kadar gula dalam darah naik dan turun dengan drastik. Ini akan mengakibatkan bekalan tenaga ke otak menjadi tidak stabil. Jika dibiarkan berterusan, ia akan memberi kesan kepada emosi anak seperti mudah terasa dan cepat penat. Ini juga akan membantutkan perkembangan otak anak anda.

2) Makanan Segera (Makanan ringan) – Anda tentu sedia maklum, makanan segera selalunya kurang dari segi zat pemakanan kerana mengandungi kandungan bahan pengawet, pewarna dan perisa yang berlebihan. Pengambilan makanan segera yang tidak terkawal boleh menjejaskan sistem pencernaan anak anda dan menyebakan pelbagai jenis penyakit.

3) Minuman Berkarbonat – Minuman jenis ini memang tidak sesuai diberikan kepada anak-anak yang masih kecil. Minuman berkarbonat selain mengandungi soda juga tinggi kandungan gula. Selain itu ia mengandungi bahan pengawet, pemanis, kafein dan pewarna. Lebih sesuai berikan jus segar yang dikisar sendiri kepada anak-anak anda.

4) Minuman Dan Makanan Berkafein – Teh, kopi dan coklat antara minuman dan makanan yang berkafein. Minuman sebegini kurang sesuai diberikan kepada anak anda, lebih lagi jika diberikan sewaktu sarapan pagi. Seeloknya berikan anak anda minum susu suam setiap pagi untuk membantu perkembangan otak.

5) Bahan Pengawet, Pewarna dan Perisa Tambahan – Bahan-bahan sebegini memang dapat menambah rasa dan meningkatkan daya tahan untuk tempoh lama tetapi ia tidak sesuai untuk sistem tubuh anak anda. Selain boleh menyebabkan alergi, bahan-bahan ini juga boleh mengakibatkan daya ingatan menjadi lemah.

Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk memilih makanan dan minuman yang berkhasiat untuk perkembangan otak dan memastikan anak anda membesar dengan sihat dan cergas. Elak memberiĀ 5 Jenis Makanan Yang Boleh Melemahkan Otak Anak Anda.

 

 

(Visited 72 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …