Home » Kecantikan » 5 Cara Mudah Untuk Lukis Kening

5 Cara Mudah Untuk Lukis Kening

Inginkan bentuk kening yang cantik dan sempurna? Cuba 5 Cara Mudah Untuk Lukis Kening tanpa mencukur. Setiap wanita pasti ingin memiliki kening yang cantik. Bentuk kening yang dilukis atau diukir dengan sempurna tentu akan membuatkan penampilan seseorang wanita nampak lebih kemas dan menarik.

Di bawah ini, sis kongsikan teknik melukis kening tanpa perlu cukur kening. Kalau tak berapa nak faham, boleh tonton video (sumber youtube) yang turut mengajar teknik atau cara untuk melukis kening supaya nampak cantik dan sempurna.

5 Cara Mudah Untuk Lukis Kening

 

Cara Untuk Lukis Kening

1) Sebelum mula melukis kening, anda kena pastikan dulu peralatan anda lengkap. Apa yang anda perlukan adalah celak kening atau pensil kening dan juga maskara kening. Memandangkan anda tidak mahu cukur kening, anda juga perlukan concealer cerah.

2) Mulakan dengan melukis satu garisan lurus pada bahagian bawah kening. Garisan perlu lebih jelas kelihatan di bahagian hujung kening.

3) Selepas itu, lukis satu garisan di bahagian atas pula. Seterusnya lukis lekuk di bahagian hujung kening untuk mendapatkan bentuk kening yang sempurna. Lukisan garisan ini diibaratkan sebagai lukisan asas untuk membentuk kening.

4) Kemudian ratakan warna kening dengan menggunakan maskara kening. Untuk mendapatkan kening yang kelihatan lebih natural atau asli, anda perlu pilih maskara kening yang mempunyai tona warna sedikit cerah.

5) Akhir sekali kemaskan bahagian penjuru dan bawah kening menggunakan concealer bagi menutup cela lukisan kening anda.

Membentuk kening sebenarnya mudah setelah anda tahu teknik untuk ukir atau lukis kening dengan betul. Untuk mendapatkan ukiran kening yang lebih sempurna, kenalah rajin lukis kening selalu. Kata orang ‘Practice Makes Perfect’ kan. Bila dah biasa lukis kening nanti, mesti anda akan lebih puas hati dengan hasilnya.

Tonton video di bawah untuk teknik melukis kening yang lebih lengkap.

Semoga artikel 5 Cara Mudah Untuk Lukis Kening yang sis kongsikan ini membantu anda mendapatkan bentuk kening yang lebih cantik dan menarik. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan artikel ini jika ia bermanfaat untuk anda.

sumber: Beauty Zone

(Visited 160 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.¬†Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …