Sunday , 28 May 2017
Home » Parenting » Bayi » 5 Cara Mencegah Ruam Pada Kulit Bayi

5 Cara Mencegah Ruam Pada Kulit Bayi

5 Cara Mencegah Ruam Pada Kulit Bayi. Masalah ruam pada kulit bayi pasti akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan ini akan merisaukan ibu bapa. Terdapat beberapa jenis ruam bayi, ada yang tidak memerlukan rawatan lanjut dan boleh sembuh dengan cepat. Namun sebaliknya ada juga yang memerlukan rawatan dan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.

Jenis-Jenis Ruam Pada Bayi

Dua jenis ruam yang kerap menyerang kulit bayi adalah ruam panas dan ruam lampin. Kebiasaannya kulit bayi akan kemerahan, kering, bersisik dan gatal. Terdapat juga beberapat jenis ruam lain yang boleh menyerang kulit bayi antaranya ekzema ataupun sejenis inflamasi pada kulit, ruam alahan, demam campak, jangkitan kulat seperti panau dan kurap dan juga ruam yang berpunca dari sengatan atau gigitan serangga.

Apakah Punca Yang Menyebabkan Ruam Pada Kulit Bayi

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya ruam pada kulit bayi antaranya alergi atau alahan pada susu lembu. Ada bayi yang mungkin mempunyai alahan kepada jenis susu tertentu. Alahan atau alergi ini boleh mengakibatkan terjadinya ekzema atau ruam susu.

5 Cara Mencegah Ruam Pada Kulit Bayi

Faktor genetik juga boleh menjadi antara punca berlakunya ruam pada kulit bayi. Kebisaannya bayi boleh mendapat ekzema ataupun alergi dan alahan akibat dari faktor genetik. Ibu bapa perlu selalu pantau jenis susu yang diberikan kepada bayi mereka agar bersesuaian dan tidak menjadi penyebab ruam atau masalah kesihatan yang lain.

5 Cara Mencegah Ruam Pada Kulit Bayi

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan atau amalkan untuk mencegah atau mengelak terjadinya ruam pada kulit bayi anda. Yang pertama sekali anda perlu pastikan kulit bayi anda bebas dari sebarang bahan yang boleh menyebabkan alahan atau alergi.

Kedua elakkan penggunaan produk penjagaan kulit bayi yang tidak sesuai dan menjadi punca kulit bayi menjadi terlalu kering. Elok jika anda sapukan losyen bayi atau minyak untuk melembabkan kulit bayi anda.

Memandangkan cuaca di Malaysia selalunya panas, elak memakaikan pakaian yang terlalu tebal buat bayi anda. Peluh juga boleh menyebabkan ruam dan membuatkan bayi rasa tidak selesa.

Yang paling penting adalah jaga pemakanan bayi dan segera hentikan memberi susu atau makanan yang menyebabkan alergi atau alahan.

Cara Merawat Ruam Pada Kulit Bayi

Jika kulit bayi anda terkena ruam, segeralah bawa bayi anda untuk berjumpa doktor supaya doktor dapat kenalpasti jenis ruam. Kebiasaannya ruam boleh dihilangkan secara semulajadi. Namun doktor mungkin akan bekalkan losen calamine untuk disapu supaya ruam tidak akan berasa terlalu gatal dan bayi akan rasa lebih selesa.

 

(Visited 107 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Untuk anda yang mencari koleksi resepi biskut raya 2017 yang sedap, apa kata anda cuba …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *