Sunday , 28 May 2017
Home » Kesihatan » 3 Cara Untuk Kurangkan Stress Dengan Cepat

3 Cara Untuk Kurangkan Stress Dengan Cepat

3 Cara Untuk Kurangkan Stress Dengan Cepat. Hari ini saya nak kongsi dengan anda 3 cara mudah untuk kurangkan stress dalam masa yang singkat. Antara tanda-tanda untuk kenalpasti stress adalah mudah hilang fokus, rasa sakit kepala dan lenguh-lenguh badan, mudah marah atau melenting dan sering berfikiran negatif atau hilang keyakinan.

Adakah anda mengalami tanda-tanda stress? Jika ya, jangan risau kerana saya akan kongsikan 3 cara mudah untuk anda amalkan agar stress dapat dikurangkan dalam masa 10 minit sahaja.

 

3 Cara Untuk Kurangkan Stress Dengan Cepat

3 Cara Untuk Kurangkan Stress Dengan Cepat

1) Jika anda sudah mula rasa tertekan atau stress, perkara yang paling utama yang perlu anda lakukan adalah berhenti melakukan aktiviti anda, duduk atau berdiri dengan tegak dan tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa kali. Kemudia urut bahagian kening dan dahi untuk rasa lebih lega dan tenang.

2) Jika anda masih rasa tertekan, cuba ambil beberapa minit untuk hiburkan diri anda. Kata pepatah English, ‘Laughter is the best medicine’. Tonton video lawak atau cari teman bersembang yang suka buat lawak untuk menghiburkan hati anda seketika.

Ketawa akan membuatkan anda berasa lebih positif. Malah ada kajian menunjukkan bahawa ketawa dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan membuatkan seluruh tubuh anda memberi reaksi positif.

3) Cara yang seterusnya untuk kurangkan stress adalah dengan menikmati keindahan alam semulajadi. Berjalan kaki, berbasikal atau berjogging bukan sahaja akan membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh anda tetapi juga membantu untuk mengembalikan aura positif dalam diri anda.

Setiap kali anda rasa stress dengan masalah ataupun kerja, cubalah 3 Cara Untuk Kurangkan Stress Dengan Cepat. Semoga ia membuatkan anda lebih positif dan produktif melaksanakan rutin harian.

 

 

(Visited 127 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Untuk anda yang mencari koleksi resepi biskut raya 2017 yang sedap, apa kata anda cuba …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *