Sunday , 28 May 2017
Home » Kesihatan » 3 Cara Mudah Untuk Turunkan Darah Tinggi

3 Cara Mudah Untuk Turunkan Darah Tinggi

3 Cara Mudah Untuk Turunkan Darah Tinggi. Penyakit darah tinggi boleh disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak dijaga. Kadang-kadang usia muda pun dah ada penyakit darah tinggi.

Jika anda ada penyakit darah tinggi, pastikan anda meneruskan rawatan dan mengikut nasihat doktor. Bahaya penyakit darah tinggi ni kalau tak dijaga kerana ia boleh menyebabkan strok atau serangan sakit jantung.

3 Cara Mudah Untuk Turunkan Darah Tinggi

Ada beberapa petua yang juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Harus diingatkan ini hanya rawatan alternatif, anda tetap perlu membuat pemeriksaan berkala di klinik atau hospital untuk memastikan kesihatan anda sentiasa berada di tahap yang baik.

3 Cara Mudah Untuk Turunkan Darah Tinggi

1) Anda perlukan sebiji kelapa muda, pastikan isinya masih lembut ye. Anda juga perlukan 3 batang serai dan 7 biji halba. Ketuk serai dan halba dan masukkan dalam buah kelapa. Kemudian letak buah kelapa tadi atas dapur. Bila air kelapa dah panas, angkat dan tuang ke dalam cawan. Biarkan sehingga sedikit suam sebelum diminum.

2) Cincau juga dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi. Jadi anda boleh amalkan pengambilan cincau dengan lebih kerap. Cincau ni boleh dibuat minuman atau dimakan begitu sahaja, macam tengah makan agar-agar je kan.

3) Bawang putih memang sangat berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Anda hanya perlukan beberapa ulas bawang putih, kupas kulitnya dan bersihkan. Selepas itu kisar bawang putih tersebut untuk dijadikan jus. Ambil segelas air kosong dan masukan 6 titik jus tadi. Amalkan minum 3 kali sehari.

Pilih salah satu petua ini dan amalkan secara konsisten untuk menurunkan darah tinggi. Yang penting adalah anda perlu jaga pemakanan, rajin bersenam dan sentiasa bersikap ceria dan positif.

(Visited 169 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Untuk anda yang mencari koleksi resepi biskut raya 2017 yang sedap, apa kata anda cuba …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *