Home » Kecantikan » 13 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering

13 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering

13 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering. Perubahan cuaca dan kurang minum air antara faktor utama kepada masalah kulit kering. Pengunaan produk kecantikan yang tidak bersesuaian dengan kulit juga menjadi penyumbang kepada masalah ini.

Masalah kulit kering akan membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya sekaligus menjejaskan penampilan. Adakah anda mempunyai tanda-tanda kulit kusam seperti yang dinyatakan? Individu yang mempunyai masalah kulit kering selalunya kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

13 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering

Tidak cukup dengan hanya menyapu pelembab atay losyen, masalah kulit kering perlu dirawat dari dalam agar tidak terus merosakkan lapisan kulit. Masalah kulit kering jika tidak dirawat akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan mengelupas. Kulit yang mengelupas akan menyebabkan kesan luka dan parut yang sukar hilang pada permukaan kulit.

Berikut adalah 13 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering yang boleh anda amalkan untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan lembab dan awet muda.

1) Amalkan mandi dengan air suam. Air yang terlalu panas akan mengeringkan kulit.

2) Pilih produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. Pemilihan produk yang tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit kelihatan kusam.

3) Elak berendam dalam air terlalu lama kerana air mengandungi klorin yang boleh merosakkan kulit.

13 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering

4) Pastikan tiada kesan sabun yang masih melekat pada kulit selepas anda mandi atau mencuci buka. Sisa sabun yang tertinggal pada kulit boleh merosakkan kulit.

5) Gunakan pelembab yang sesuai dengan tekstur kulit. Pelembab yang membuatkan kulit menjadi terlalu berminyak tidak sesuai kerana ia akan membuatkan liang pori-pori tersumbat.

6) Elak terlalu terdedah pada sinaran matahari. Jika anda perlu berada di luar untuk tempoh yang agak lama, anda perlulah menggunakan sunblock. Sinaran matahari akan mengelapkan dan megeringkan kulit. Jika anda mempunyai masalah kulit gelap, boleh baca Petua Cerahkan Kulit Secara Semulajadi. Terdedah terlalu lama dalam bilik berhawa dingin juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.  Untuk anda yang bekerja di pejabat perlulah sapu pelembab pada kulit.

7) Satu tips untuk mendapatkan kulit yang lembab dan sihat adalah dengan menyapu pelembab atau losyen pada kulit setiap kali selepas mandi.

8) Amalkan minum air suam secukupnya setiap hari. Selain itu anda perlu mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran juga untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan segar dan bermaya.

Cara Rawat Masalah Kulit Kering

9) Bersenam juga membantu melancarkan pengaliran darah dan membantu menghantar nutrien kepada kulit. Ketika bersenam juga anda akan berpeluh dan ini membantu menyingkirkan toksin dan menyihatkan kulit.

10) Dapatkan waktu tidur yang cukup. Ini akan membantu mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit.

11) Jika anda ingin melakukan tugas yang memerlukan anda memegang bahan pencuci contohnya seperti ingin membasuh bilik air, pastikan anda menggunakan sarung tangan. Hampir semua bahan pencuci mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakkan kulit

12 ) Jangan merokok dan mengambil minuman beralkohol yang juga mengakibatkan masalah kulit kering,

13) Inginkan kulit yang sihat dan lembab kenalah amalkan diet yang seimbang. Jangan mengambil makanan ringan secara kerap kerana ia juga akan menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam

Secara kesimpulannya untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bermaya anda perlulah mengamalkan lima langkah mudah ini:

  • minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • mendapat waktu tidur dan rehat yang cukup
  • makan makanan yang sihat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • guna produk kecantikan yang sesuai dengan kulit
  • rajin bersenam atau lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh

Semoga 13 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering yang dikongsikan ini membantu anda untuk mendapatkan kulit yang sihat dan lembab.

(Visited 3,632 times, 3 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *